BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ogos 10, 2011


Custom Glitter Text






Oktober 28, 2009

BENGKEL PEMBINAAN BLOG


Bengkel pembinaan blog telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Tanjong Karang pada 28-29 Oktober. Bengkel ini telah dihadiri seramai 21 orang Guru Perpustakaan dan Media setiap sekolah ahli PKG Tanjong Karang.

Ogos 17, 2009

PENGHAKIMAN PSS SEMENSA




PSS SMK Seri Desa telah menyertai pertandingan Pss cemerlang peringkat negeri selangor. Oleh itu pada 14 Ogos 2009, PSS SMK Seri Desa telah didatangi oleh 2 orang hakim iaitu En Zainudin dari PKG Kapar dan En Abd Wahi B.Wahid dari PKG Kalumpang untuk mengadili penghakiman PSS.
Pengetua SMK Seri Desa telah memulakan ucapan dengan menerangkan serba ringkas mengenai pss seterusnya Guru perpustakaan Media, Pn Rosnah Mamat telah membentangkan persembahan power point mengenai PSS yang dibahagikan kepada 5 bahagian.
Setelah selesai pembentangan, Para hakim terlebih dahulu didihidangkan dengan minuman pagi kemudian barulah penghakiman bermula.

April 27, 2009

CERAMAH "BUKU DUNIAKU"










Pada 24 April 2009, PSS telah mengadakan ceramah yang bertajuk "Buku Duniaku" iaitu sempena hari buku dan hakcipta sedunia yang diraikan pada 23 April setiap tahun. Antara objektif diadakan ceramah ini adalah bertujuan untuk menyemai minat membaca dikalangan warga SEMENSA terutamanya pelajar serta mendedahkan kepada mereka akan kepentingan ilmu dalam kehidupan. Selain daripada itu, para pelajar akan dapat mengenali buku secara fizikalnya.

Ceramah ini telah dihadiri oleh 30 orang pelajar tingkatan 1 yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Pn. Azlina bt. Salleh yang merupakan Jurulatih Utama PSS Daerah. Ceramah ini bermula pada jam 3.30 - 4.30 petang dan berjaya menarik minat pelajar kerana diakhir slot, penceramah telah mengemukakan soalan kuiz bertulis yang berkaitan dengan ceramah yang telah diberikan. Seterusnya pelajar yang berjaya menjawab soalan tersebut telah diberikan hadiah.

Secara keseluruhannya, melalui ceramah ini pelajar dapat mengenali ciri-ciri buku secara lebih mendalam lagi.