BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Februari 28, 2008

BENGKEL KEMAHIRAN MAKLUMAT NILAM


Pada 27 Februari lepas, PSS telah mengadakan Bengkel Program NILAM kerana program NILAM yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kurang mendapat sambutan dari kalangan pelajar-pelajar sekolah. Maka, PSS telah mengambil inisiatif dalam usaha menggalakkan minat membaca dalam kalangan pelajar dengan menganjurkan bengkel ini. Ianya bertujuan:
- mendedahkan kepentingan program NILAM kepada pelajar dan guru.
- memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang cara/kaedah mudah merekod dalam buku
NILAM.

Februari 25, 2008

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN TOKOH NILAM PADA 25 FEB.2008

Pada 25 Februari yang lalu, PSS telah mengadakan majlis penyampaian sijil dan tokoh nilam di dewan sanjung sebagai menghargai segala usaha dan kesungguhan para pelajar dalam melaksanakan program NILAM serta sebagai penghargaan kepada pembaca terbanyak dan tokoh NILAM telah disandang oleh pelajar bernama Anis Farhanaz bt. Mohd. Saldi dan Anis Syuhada bt. Mohd Saldi. Tujuan majlis ini diadakan:
-sebagai tanda penghargaan kepada pembaca terbanyak program NILAM.
-menanam dan menggalakkan lagi minat membaca di kalangan warga
SEMENSA.