BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Januari 15, 2007

PENGENALAN SEMENSA

SMK Seri Desa ditubuhkan pada tahun 1957 dengan nama asalnya ialah sekolah pertukangan. Sekolah ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M sultan Sir Hishamuddin Alam Shah Ibni Al marhum sultan Alaiddin Sulaiman Shah pada 11 mei 1958.

Pelajar-pelajar awal sekolah ini terdiri daripada penuntut-penuntut tahun 3 junior College Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada pelajar Melayu, Cina dan India. Sekolah ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi latihan teknikal dan Vokasional kepada pelajar-pelajar terutamanya kepada pelajar luar bandar.

Pada tahun 1963, sekolah ini ditukar kepada nama sekolah lanjutan kampung. Perubahan nama ini bertujuan untuk memenuhi kehendak persekolahan di kawasan ini pada masa itu.

Pada tahun 1965, nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Inggeris memandangkan sekolah menengah aliran Inggeris tidak mencukupi untuk menampunng pelajar dari sekolah rendah. Dalam tahun 1976, semua sekolah diwajibkan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan semua sekolah jenis kebangsaan Inggeris ditukar secara beransur kepada sekolah kebangsaan . Selaras itu dalam tahun 1980, sekolah ini ditukar nama kepada SMK Tanjung karang untuk memenuhi tuntutan dari pelajaran kebangsaan.

Akhirnya SMK Tanjung Karang ditukar nama kepada SMK Seri Desa untuk mengelakkan kekeliruan kerana SMK Tanjung Karang hampIr sama dengan Sekolah Rendah Kebangsaan ( SRK ) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( SRJK ).