Pada 11 April, PSS telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan pusat sumber. Aktiviti tersebut bermula seawal jam 8.00 pagi dan berkahir pada jam 1 tengahari. Aktiviti ini disertai oleh 8 orang guru dan 30orang pelajar. Antara objektif gotong - royong ini ialah:
-menarik minat semua warga SEMENSA terutamanya golonga pelajar dan guru untuk mengunjungi Pusat Sumber.
-menjadikan Pusat Sumber sebagai suatu tempat yang sentiasa menjadi tumpuan guru-guru
dan pelajar untuk menambhakan ilmu pengetahuan.
-mencantik dan menceriakan Pusat Sumber.
April 11, 2007
GOTONG – ROYONG MENCERIAKAN PUSAT SUMBER- 11 APRIL 2007
Disediakan oleh PIANZ at 2:00 PTG
April 10, 2007
PAMERAN INTERAKTIF KELAB/PERSATUAN-BERMULA BULAN 3 HINGGA BULAN 9
Pusat Sumber Sekolah telah bekerjasama dengan unit kokurikulum dengan mengadakan pameran interaktif yang melibatkan 20 persatuan/kelab. Pameran tersebut telah diadakan di pusat sumber. Antara objektif pameran tersebut ialah :
-memberi peluang ahli yang berbakat berjaya dalam bidang yang diminati serta memberinya
peluang menyumbang idea serta saling berperanan dalam mencapai matlamat berpersatuan.
-menerapkan nilai-nilai murni dalam beraktiviti sebagai teras dalam membine budaya sekolah
berwawasan.
Disediakan oleh PIANZ at 12:00 PTG
April 02, 2007
AKTIVITI BULAN BAHASA- 1-31 MAC
Pada 1-31 Mac, PSS telah bekerjasama dengan Jabatan Bahasa dalam mengadakan pelbagai aktiviti sempena Bulan Bahasa. Pelbagai aktiviti telah diadakan dalam bulan ini antaranya :
-KUIZ BAHASA
-PERTANDINGAN PIDATO
-PERTANDINGAN TEKA SILANGKATA
Pertandingan ini melibatkan sesi pagi dan sesi petang yang akan dikendalikan oleh guru penyelaras masing-masing.
Disediakan oleh PIANZ at 10:00 PG