BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

April 27, 2009

CERAMAH "BUKU DUNIAKU"










Pada 24 April 2009, PSS telah mengadakan ceramah yang bertajuk "Buku Duniaku" iaitu sempena hari buku dan hakcipta sedunia yang diraikan pada 23 April setiap tahun. Antara objektif diadakan ceramah ini adalah bertujuan untuk menyemai minat membaca dikalangan warga SEMENSA terutamanya pelajar serta mendedahkan kepada mereka akan kepentingan ilmu dalam kehidupan. Selain daripada itu, para pelajar akan dapat mengenali buku secara fizikalnya.

Ceramah ini telah dihadiri oleh 30 orang pelajar tingkatan 1 yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Pn. Azlina bt. Salleh yang merupakan Jurulatih Utama PSS Daerah. Ceramah ini bermula pada jam 3.30 - 4.30 petang dan berjaya menarik minat pelajar kerana diakhir slot, penceramah telah mengemukakan soalan kuiz bertulis yang berkaitan dengan ceramah yang telah diberikan. Seterusnya pelajar yang berjaya menjawab soalan tersebut telah diberikan hadiah.

Secara keseluruhannya, melalui ceramah ini pelajar dapat mengenali ciri-ciri buku secara lebih mendalam lagi.

April 01, 2009

PROGRAM BULAN BAHASA

Program Bulan Bahasa yang berlangsung pada 2 Mac sehingga 31 Mac 2008 yang lalu, telah dilaksanakan dibawah anjuran bersama Jabatan Bahasa dan Pusat Sumber Sekolah ( PSS ). Bulan Bahasa yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk memupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran bahasa dikalangan para pelajar. Selain itu, pelaksanaan Bulan Bahasa bertujuan menggalakkan lagi penyertaan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum bahasa.

Secara keseluruhannya, segala program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Ini adalah disebabkan wujudnya kerjasama dikalangan seluruh warga SMK Seri Desa terutamanya kepada guru-guru. Tidak juga dilupakan kepada para pelajar khususnya. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

1.Pertandingan Bahasa Melayu
-pertandingan pidato.
2.Pertandingan Bahasa Inggeris
-Pertandingan Crossword Puzzle.
-Pertandingan Fruit Arrangement.