BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Februari 26, 2007

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS

Pada 26 Februari yang lepas, seramai 37 orang pengawas pusat sumber telah menerima watikah pelantikan dalam satu majlis penyerahan watikah yang diadakan di dataran perhimpunan pada jam 7.30 pagi. Antara objektif majlis ini diadakan ialah:
-melantik dan memberi pengiktirafan kepada pengawas PSS secara rasmi.
-menerima lafaz ikrar pengawas sebagai aku janji menjalankan tugas dengan sempurna.

Pemberian sijil telah disempurnakan oleh puan pengetua Pn. Hjh. Asmah bt. Kasdi.

Februari 01, 2007

BENGKEL PROSES TEKNIK BAHAN BUKU

PSS telah mengadakan bengkel proses teknik bahan bukan buku pada 1 Februari yang lepas. Bengkel tersebut bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari. Bilik tayang telah dijadikan tempat untuk bengkel tersebut. Seramai 36 orang pengawas pusat sumber serta 5 orang guru penasihat telah menghadiri bengkel tersebut. Antara objektif bengkel tersebut diadakan ialah:
-membimbing para pengawas pusat sumber tentang proses teknik bahan bukan buku di pusat
sumber.
-membina dan mengukuhkan daya saing, daya juang dan daya tahan di kalangan pengawas PSS.

Pn. Norsiah Khalil iaitu Pegawai Teknologi Maklumat Pendidikan,PKG telah dijemput untuk memberikan ceramah dalam bengkel tersebut. Hasil daripada bengkel tersebut, sebanyak 80% bahab bukan buku iaitu CD dan VCD berjaya diproses meliputi kerjaya menampal no. panggilan dan no. perolehan CD dan VCD serta merekodkannya ke dalam buku rekod perolehan bahan - bahan bukan buku.