PSS telah mengadakan bengkel proses teknik bahan bukan buku pada 1 Februari yang lepas. Bengkel tersebut bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari. Bilik tayang telah dijadikan tempat untuk bengkel tersebut. Seramai 36 orang pengawas pusat sumber serta 5 orang guru penasihat telah menghadiri bengkel tersebut. Antara objektif bengkel tersebut diadakan ialah:
-membimbing para pengawas pusat sumber tentang proses teknik bahan bukan buku di pusat
sumber.
-membina dan mengukuhkan daya saing, daya juang dan daya tahan di kalangan pengawas PSS.
Pn. Norsiah Khalil iaitu Pegawai Teknologi Maklumat Pendidikan,PKG telah dijemput untuk memberikan ceramah dalam bengkel tersebut. Hasil daripada bengkel tersebut, sebanyak 80% bahab bukan buku iaitu CD dan VCD berjaya diproses meliputi kerjaya menampal no. panggilan dan no. perolehan CD dan VCD serta merekodkannya ke dalam buku rekod perolehan bahan - bahan bukan buku.
Februari 01, 2007
BENGKEL PROSES TEKNIK BAHAN BUKU
Disediakan oleh PIANZ at 2:00 PTG